Pengarah Filem 'Detective Pikachu' Perjelas Ketiadaan Watak Ash Ketchum


Pengarah filem Detective Pikachu, Rob Letterman mendedahkan kenapa filem live action pertama Pokemon tidak menyertakan watak Ash Ketchum. Keterujaan peminat akhirnya terubat apabila filem ini bakal direalisasikan. Namun, peminat sedikit hampa apabila Legendary mengumumkan bahawa filem ini diadaptasi daripada permainan Detective Pikachu, sebuah permainan yang tidak mengandungi watak Ash Ketchum.


Dalam filem, watak manusia ialah Tim Goodman yang dilakonkan oleh Justice Smith yang mana begabung bersama Pikachu untuk mencari ayahnya. Selain itu, misi itu turut disertai Lucy Stevens lakonan Kathryn Newton, seorang wartawan dengan pokemon Psyduck. Paling hebat, Pikachu akan menggunakan suaranya untuk watak Detective Pikachu!

Ketika Pokemon World Championship 2018, Rob Letterman menjelaskan proses dan alasan kenapa Ash tidak disertakan dalam filem ini.
The Pokémon Company, they’ve already made many, many movies of Ash, and they came to Legendary with this idea of using a new character. So when I came on board, I was pitched this character of Detective Pikachu, and I fell in love with the story behind it. It’s a really great story. It was something with a lot of heart, and it was just very unique. And because there’s already been so much work done with Ash, for the first live-action movie I thought it was a really good idea to try something new with a new character but bake it into the universe of Pokémon. So it still follows all the rules, and we get to see a lot of our favorite things. 
Walaupun trailer masih belum siap, pengunjung dipertontonkan dengan logo dan tajuk filem tersebut. Ketiadaan Ash dalam filem Detective Pikachu mungkin memberikan rasa yang berbeza kerana dua watak itu sudah serasi bersama dalam filem dan juga siri tv. Namun, keputusan sudah dibuat dan diharap filem ini dapat berjaya seperti sebelumnya. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan