Peminat Kata 'Munafik 2' Kurang Seram, Penuh Dengan Ceramah Agama

Munafik 2 nampaknya bakal menjadi pesaing terdekat Hantu Kak Limah untuk mendominasi carta dengan kutipan filemnya yang memberansangkan. Untuk tayangan hari pertama sahaja, Munafik 2 sudah pun mengutip sebanyak RM2.05 juta. Sebuah kutipan yang sebenarnya sudah mengalahkan kutipan hari pertama Hantu Kak Limah iaitu RM650 ribu sahaja.


Rata-rata memberikan komen positif terhadap filem tersebut. Ramai yang menyatakan bahawa filem Munafik 2 ialah sebuah filem seram yang menginsafkan dan tidak kosong. Namun, di sebalik komen positif, ada juga beberapa komen negatif dari penonton. Antara komen negatif yang menarik perhatian ialah daripada pengguna Twitter @AidilJaafar.

Menurut status penonton filem tersebut, filem ini agak mengecewakan kerana dipenuhi dengan syarahan agama dan kurang menyeramkan. Namun, dia masih menyatakan bahawa filem ini masih berbaloi untuk ditonton. Dan dia juga memberi rating yang agak bagus untuk filem ini.

Jadi, apa kata korang? Jom kongsikan ulasan korang di group Facebook kami. Munafik 2 kini sudah berada di pawagam. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan