Pawagam Kata Jualan Tiket 'Munafik 2' Laju Seperti Jualan Tiket Filem Superhero Marvel Dan DC

Baru sahaja dua hari di pawagam bermula hari rabu, Munafik 2 sudah berjaya mengutip RM5.65 juta. Tayangan filem ini kini menjadi pesaing sengit kepada filem di tangga pertama box-office Malaysia, Hantu Kak Limah. Filem Munafik 2 ialah sekuel kepada filem Munafik yang diterbitkan pada tahun 2016 dan membariskan pelakon hebat seperti Syamsul Yusof dan Fizz Fairuz.


Syamsul Yusof menzahirkan ucapan terima kasihnya dan syukur kepada Tuhan kerana kejayaan filem tersebut di laman Instagramnya. Dia juga mendedahkan bahawa jualan tiket filem Munafik 2 amat fenomena seperti jualan filem Marvel dan DC.


Munafik 2 turut menampilkan pelakon hebat Nasir Bilal Khan, Maya Karin dan juga Asmawi Ani.  Tidak hairanlah, aura pelakon ini menjadi antara faktor filem ini berjaya walaupun hanya beberapa hari ditayangkan. Munafik 2 kini sedang hangat ditayangkan di pawagam berhampiran korang.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan