Mamat Khalid Kongsi Babak Yang Dipadam Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]

Hantu Kak Limah nampaknya sudah mendapat impak yang tersendiri. Mengutip RM27.5 juta dalam masa hanya 15 hari, filem ini masih lagi mampu bertahan walaupun filem-filem baru akan muncul dalam masa terdekat.


Mamat Khalid di laman Facebooknya telah berkongsi sebuah babak yang dipadam daripada filem Hantu Kak Limah. Di laman Facebooknya, Mamat Khalid menyatakan bahawa ini ialah satu daripada babak yang dipadam sekaligus membuatkan kita sedar bahawa masih ada beberapa lagi babak yang dibuang yang tidak ditunjukkan.


Dalam babak yang dibuang dari filem ini, kelihatan Encik Solihin (Zul Ariffin) sedang menunjukkan Wani tempat untuk dia bertapa. Adegan ini berkemungkinan jika ianya ada di dalam filem, berlaku sebelum Encik Solihin menyeru Kak Limah. 

Apapun, kita nantikan beberapa deleted scene yang mungkin akan didedahkan lagi dalam masa terdekat.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan