TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Kebanyakan Babak Singapura Dalam Filem 'Crazy Rich Asian' Difilemkan Di Malaysia ?



Filem romantik yang mana berlatar belakangkan Singapura yang menghimpunkan pelakon-pelakon hebat dari Asia termasuklah Malaysia, kini sedang hangat diperkatakan. Filem yang mana merupakan adaptasi daripada sebuah novel karya Kevin Kwan ini diarahkan oleh Jon M. Chu yang sebelum ini popular dengan filem siri filem Step Up dan G.I Joe.


Walaupun filem ini berlatar belakangkan Singapura, jangan terkejut bahawa kebanyakan shoot filem ini sebenarnya dilakonkan di Malaysia. Dalam sebuah video huraian babak filem tersebut yang diterbitkan Vanity Fair, pengarah filem ini mendedahkan bahawa dalam sebuah babak, Carcossa Seri Negara yang berada di Kuala Lumpur digambarkan berada di Singapura dengan teknik CGI.

Jom tonton!


Penggambaran di Malaysia memakan masa lebih sebulan dan melibatkan beberapa lokasi lain seperti Cheong Fatt Tze Mansion di Pulau Pinang, Be-landa House di Kuala Lumpur, Astor Bar di Kuala Lumpur, KLIA 2 di Selangor, dan Four Seasons Reasort di Langkawi.

Pelakon Malaysia yang terlibat dalam filem ni ialah Henry Golding dan Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon lain yang berasal dari Malaysia ialah Carmen Soo, Ronny Chieng dan Calvin Wong. Malah, penulis skrip filem dan juga penyanyi soundtrack juga berasal dari Malaysia.


Amacam? Tertarik untuk menonton Crazy Rich Asian. Filem ini kini sedang ditayangkan di pawagam. Oh ya, filem ni dah confirm ada sekuel tau!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Geran (2019)

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]