Filem Seram James Gunn Yang Diterbitkan Sony Bakal Terbit November Ini


James Gunn nampaknya sudah membikin sebuah filem seram terbitan Sony Pictures dan ianya akan diterbitkan pada November ini. Awal musim panas lalu, James Gunn ingin memberitahu bahawa dia akan ada sebuah filem bersama Sony dalam Comic Con 2018, namun, disebabkan pemecatan James Gunn dari Disney, pengumuman itu ditarik balik.


Ramai yang memberi pendapat James Gunn sebenarnya sedang mengusahakan adaptasi manga Jepun Berserk atau Bloodborn, sebuah permainan PS4 dari tahun 2015. Namun, Sony tidak mengesahkan tentang pendapat itu sehingga kini.

Sony Pictures kini membuat pengumuman bahawa sebuah filem James Gunn bakal ke pawagampada 30 November ini. Nampaknya, James Gunn berjaya menghabiskan penggambaran tanpa siapa pun tahu. Dan serentak dengan pengumuman itu, diketahui juga bahawa filem James Gunn tersebut bergenre seram. 

Walaupun begitu, Sony masih tidak lagi mendedahkan sebarang tajuk untuk filem berkenaan. Namun, ramai yang berspekulasi bahawa ianya ialah adaptasi manga Bloodborne. Apapun kita tunggu sahaja beberapa masa lagi sebelum promosi untuk filem tersebut bermula. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan