Filem Misteri Dalam MCU Bakal Jalani Penggambaran Jun 2019


Sebuah filem misteri terbitan Marvel bakal menjalani penggambaran pada musim panas tahun 2019. Filem misteri yang bakal berada dalam Marvel Cinematic Universe Phase 4 ini bakal menjalani penggambaran di United Kingdom. Namun, tidak dapat disahkan apakah filem yang bakal berada dalam Phase 4 itu.


Filem yang berkemungkinan berada dalam Phase 4 ialah filem solo Black Widow, Doctor Strange 2 dan The Eternals. Namun filem misteri ini masih belum dapat dipastikan kesahihannya. Sebelum ini, proses untuk pembikinan filem Black Widow sudah berjalan. Jac Schaeffer bakal menulis skrip untuk filem ini manakala Cate Shortland bakal mengarahkan filem tersebut.

Jika tidak ada masalah, berkemungkinan proses penggambaran akan sempat dilakukan pada tahun depan untuk persediaan tayangan filem tersebut pada 2020.

Namun, jika filem tersebut bukanlah filem Black Widow, maka mungkin juga ianya ialah Doctor Strange 2. Pada September, pengarah Scott Derrickson juga pernah menyatakan bahawa projek sekuel filem lakonan Benedict Cumberbatch itu bakal bermula pada June 2019. Dan jika bukan dua filem itu, sudah pasti ianya The Eternals.

Tajuk filem yang bakal menjalani penggambaran pada Jun 2019 masih kekal spekulasi. Kita tunggu update terkini nanti.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan