Erma Fatima Kata Syamsul Yusof Gila Bikin Filem 'Munafik 2'


Munafik 2 sudah memulakan tayangannya hari ini. Pelbagai reaksi positif sudah mula berlegar di laman maya. Ada yang menyatakan pelbagai reaksi untuk kisah seram ini. Filem Munafik 2 ialah sekuel kepada filem pertamanya yang terbit pada tahun 2016. Filem ini diarahkan oleh Syamsul Yusof dengan barisan pelakon baru dan lama.


Pengarah dan juga pelakon Erma Fatima tidak ketinggalan untuk meluahkan pengalamannya menonton filem tersebut ketika malam gala tersebut beberapa hari sebelum filem tersebut ditayangkan di pawagam. Dengan selamba, dia menggelarkan Syamsul Yusof gila kerana menghasilkan filem Munafik 2.


AKU TAK SUKA TENGOK CERITA HANTU. Sebab tu aku tk pernah buat citer hantu. Bg aku hantu tk kacau aku..apasal aku nk sebok buat citer dia. Dibuatnya salah fakta..tk pasal2 hantu hangin satu badan kt aku. Sbb tu kalau sekalipun aku nk tgk citer hantu kenalah yg betul2 hebat dan d rekomen oleh byk org kerana kehebatannya. Tupun aku akn pastikan semua anak2 aku tgk dgn aku. Dulu kalau aku nk tgk citer hantu kt rmh, aku akn panggil semua anak2 aku duduk keliling aku. Bada selalu buat hal. Dia baling bantal lah..nk terkejutkn kami. Dan aku pernah bangun mlm nk buang air, bada sanggup bangun dr tido semata mata nk terkejutkn aku. Sampai aku bersilat pukul dia. 🙄🙄🤔🤨 Ter- nostalgia lh pulak. Malam tadi aku pi Gala Nite MUNAFIK 2. Aku pegi bkn sbb aku nk tgk citer hantu tapi sbb aku nk tgk kerja hasil dari @syamsulyusoffilm kerana aku mengikuti perkembangan anak muda ini dr awal dia mengarah. Aku dtg dgn harapan ada peningkatan dr hasil kerjanya. Tak perlu aku nk sembang pasal film tu..semua org dah tahu kehebatan dia. Aku pulang dgn senyuman kerana aku BANGGA anak muda ini mengangkat AGAMA melalui sebuah naskah genre horror. Org kata sesebuah karya itu adalah refleksi dr pembikinnya. Aku dapat rasa JIWA filem ini dr semangat seorang anak muda yg ada rasa PEDULInya pd AGAMA dan BANGSA. Aku sangat2 bangga...Alhamdulillah.
A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Dalam video pendek ini, Erma Fatima juga memberi semangat supaya Syamsul Yusof terus membikin filem yang baik seperti ini lagi. Jadi, apa lagi, jangan lepaskan peluang menonton filem Munafik 2 di pawagam berdekatan korang. Sebuah filem yang mengangkat martabat islam dalam seramnya! 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan