Baru Sahaja 'Munafik 2' Ditayangkan, Syamsul Yusof Dah Ada Skrip Untuk 'Munafik 3'



Munafik 2 sudah menggegarkan pawagam mulai 29 Ogos 2018 yang lalu. Di luar jangkaan, filem itu memperoleh kutipan melebihi RM5 juta dalam masa hanya dua hari tayangan. Munafik 2 semestinya memberi ruang kepada sekuel kerana permintaan terhadap filem bergenre sebegitu yang tinggi. Jangan risau, sememangnya Syamsul Yusof sudah bersedia dengan skrip Munafik 3.

Dalam satu perkongsian oleh pembaca laman fanpage Suka Filem, Syamsul telah membalas satu komen di laman Instagram dengan menyatakan bahawa dia sudah ada skrip Munafik 3!

Pergh, semestinya berita ini walaupun buat masa ini hanyalah gosip memberikan kegembiraan buat peminat. Kita harapkan Munafik 3 akan lebih hebat daripada Munafik 2 dan memberi satu lagi kehebatan baru dalam genre seram islamik yang diciptakan Syamsul Yusof.

Munafik 2 sedang ditayangkan di pawagam.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan