Baru 3 Hari Di Pawagam, 'Munafik 2' Sudah Tersebar Di Laman Telegram Download Haram

Munafik 2 mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Filem arahan Syamsul Yusof terbaru ini menjadi antara filem yang dinantikan oleh ramai peminat selepas Hantu Kak Limah. Filem bergenre seram islamik ini sudah berjaya mengaut RM5.65 juta dalam masa dua hari tayangan. Ianya satu petanda bahwa penonton Malaysia memilih untuk menyokong filem Malaysia yang berkualiti.


Namun, ada juga sedikit kekecewaan apabila terdapat segelintir penonton filem memuat naik keratan filem tersebut di laman Telegram untuk muat turun haram. 


Kami tidak pasti sama ada rakaman versi CAM (versi rakaman dari kamera dari dalam pawagam) ini ialah filem penuh ataupun tidak, namun, ianya ialah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan. Perkara ini seharusnya dielakkan kerana Munafik 2 ialah sebuah filem yang baik dan memerlukan sokongan anda semua di pawagam.

Perkara ini sudah sampai ke pengetahuan Syamsul Yusof sendiri. Munafik 2 kini ditayangkan di pawagam berhampiran anda. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan