Babak Rogol Dalam 'Munafik 2' Antara Lakonan Paling Mencabar Bagi Maya Karin


Maya Karin mendedahkan bahawa antara cabaran untuk melakonkan watak Maya di dalam filem arahan Syamsul Yusof adalah apabila terpaksa melakukan adegan rogol, bergaduh dan juga lari sambil dikejar. Filem sekuel kepada Munafik ini bakal bersambung terus dari ending filem pertama. Bagi Syamsul Yusof, untuk mengekalkan momentum seperti filem pertama amatlah sukar.


Syamsul menyatakan bahawa filem Munafik 2 bukanlah sebuah filem seram semata dalam satu temubual bersama Harian Metro. 
Munafik 2 adalah kesinambungan daripada filem Munafik yang pertama. Ia memaparkan kisah hidup Ustaz Adam selepas setahun berlalu. Anda perlu menonton Munafik yang pertama untuk memahami jalan cerita filem ini kerana banyak perkara yang dikupas akan terjawab dalam sekuel ini. Saya juga menangis ketika proses suntingan filem ini kerana unsur dakwah diketengahkan inspirasi daripada kisah Nabi serta negara Islam yang ditindas seperti Palestin dan Syria.
Syamsul juga turut menjelaskan kenapa filem ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.
Tidak mudah menghasilkan filem ini malah saya berkurung selama sebulan untuk menulis skripnya. Tekanan juga lebih besar apabila menghasilkan karya yang lebih hebat daripada yang pertama. Kutipan Munafik hampir RM20 juta dan tidak mudah untuk mengekalkan kejayaan itu kerana saya perlu bersaing dengan diri sendiri. Memang pecah kepala dibuatnya. Saya mahu menghasilkan filem yang memberi kesan mendalam kepada masyarakat. Walaupun berdepan dengan tekanan mental dan fizikal, saya percaya mampu melakukannya kerana sudah mengetahui kelebihan dan kekurangan Ustaz Adam.
Syamsul Yusof juga mendedahkan tentang pemilihan Maya Karin di dalam filem ini.

Penampilan Maya bukan menggantikan Nabila Huda sebaliknya Sakinah memang watak baharu yang saya buat khusus untuk Maya. Maya pernah berlakon dalam filem seram dan saya percaya dia juga menantikan watak berat yang memaparkan sisi berbeza dirinya. Apabila mengarah, kadang-kadang saya terlupa soal solekan pelakon dan sebagainya tetapi Maya yang mengingatkan. Babak saya dengan Maya tak banyak tetapi saya selesa bekerja dengannya kerana dia tahu apa yang saya mahukan. Maya juga berikan komitmen terbaik menjayakan watak Sakinah.

Maya Karin pula mengakui bahawa dia sukar untuk menolak tawaran untuk membintangi filem Munafik 2 kerana tertarik dengan naskahnya. Maya Karin mendedahkan bahawa beberapa babak dirombak oleh Syamsul Yusof sendiri dan skripnya diserahkan tiga hari sebelum penggambaran bermula dalam temubual yang sama. 
Saya dapat merasakan watak Sakinah sangat luar biasa. Banyak babak yang tiada dalam skrip asal termasuk babak rogol. Syamsul juga memberikan sepenuh kepercayaan dan kebebasan kepada saya untuk mencorakkan watak Sakinah. Dia akan tegur jika ada babak yang perlu diperbetulkan. Saya juga mendapatkan khidmat pelakon dan pengarah Ellie Suriaty untuk membimbing lakonan.
Maya Karin mendedahkan bahawa babak Maya Karin bersama Syamsul Yusof sebenarnya tidak banyak. Hanya ada dua sahaja scene yang mempertemukan dua pelakon ini menurutnya. Maya Karin juga mengulas tentang babak berat yang menjadi cabaran kepadanya.
Ada babak rogol, bergaduh, berlari dan kejar mengejar. Paling sukar apabila saya digantung di pokok dan pada masa sama menjerit kerana dirasuk dan bercakap dalam bahasa Arab. Saya juga meminta Syamsul memberikan tempoh 24 jam untuk menghafal dialog dalam bahasa Arab.
Munafik akan ditayangkan di pawagam bermula 30 Ogos. Filem itu dibintangi Syamsul Yusof, Fizz Fairuz, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Rahim Razali, Fauzi Nawawi dan Ku Faridah. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan