10 Perkara Yang Korang Terlepas Pandang Semasa Menonton 'Hantu Kak Limah'



Hantu Kak Limah mempunyai pelbagai reference kepada budaya dan juga filem Mamat Khalid sendiri. Sama ada rujukan ini dibina sekadar untuk memberi tribute atau menyampaikan sesuatu yang tersirat, Mamat Khalid boleh dikatakan bijak untuk meletakkan pelbagai elemen ini untuk dilihat dan difikirkan.


Kami akan huraikan 10 perkara yang mungkin terlepas pandang semasa menonton filem ini. Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mempunyai SPOILER MAJOR yang boleh mengganggu penontonan korang. Jangan baca jika masih belum menonton.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

1. Baju Husin pada awal kita nampak dia datang ke rumah Khuda ada tertulis perkataan Highway to Hell. Highway to Hell boleh diterjemah kepada perkataan Lebuhraya Ke Neraka. Lebuhraya Ke Neraka ialah filem arahan Mamat Khalid pada tahun 2017.


2. Ingat tak babak dimana Husin, Wani dan Yeh bersiul kat dalam semak tu. Kalau kau dengar dengan teliti, kau akan dengar diorang sebenarnya menyiulkan lagu Burung Kakak Tua. (tonton minit 5.15)




3. Hantu Jepun yang tiup trompet diambil bulat-bulat dari filem Pendekar Bujang Lapok arahan dan lakonan P. Ramlee pada tahun 1959. Ianya sebuah tribute yang sengaja diletakkan bagi menghargai seniman popular P. Ramlee.

4. Kak Limah boleh memanjangkan tangannya. Ianya berkemungkinan sebuah tribute kepada scene filem pertamanya yang memaparkan Hantu Kopek yang kopeknya masyaallah tersangatlah panjang. Pergh!

5. Apa itu Mass hysteria? Mass Hsyteria ialah sebuah fenomena penyebaran ilusi atau khayalan kepada sekelompok orang akibat daripada ketakutan atau khabar angin. Senang cakap, mass hysteria ini ialahhisteria beramai-ramai. Dalam kes kejadian Hantu Kak Limah, Mass Hysteria dikira terjadi bila orang kampung pisang yakin dan percaya bahawa Hantu Kak Limah ialah hantu yang wujud selepas Kak Limah meninggal dunia. Dari situ, ketakutan dalam diri dibina dan kepercayaan itu disebarkan dari manusia ke manusia. Jika teori mass hysteria digunakan dalam filem ini, ini bermakna tidak semua babak hantu sebenarnya benar-benar wujud dan berlaku. Ada beberapa babak terjadi hanyalah disebabkan ketakutan yang dicipta oleh watak tersebut. Kami akan bahaskan ini kemudian dalam post seterusnya. 


6. Abang Li ialah bekas ketua cawangan Kampung Pisang. Kenapa dia dah jadi bekas ketua, sebab BN telah ditolak oleh kerajaan baru, PKR! Ya, perhatikan sahaja baju Abang Li. Bukankah bajunya berwarna biru? Oh, awal masa kemunculan pertama, dia juga mengenakan baju merah. 

7. Husin ada pakai baju tertulis Pink Floyd. Pink Floyd ialah kumpulan band terkenal pada tahun 1965.


8. Ketika kemunculan Erra Fazura mengganggu Husin, watak Erra Fazira memanggil Husin sebagai Awie. Erra Fazira pula memanggil dirinya Wati. Awie dan Wati ialah rujukan kepada watak mereka berdua daripada filem Sembilu (1994).

9. Ada seorang orang kampung memakai t-shirt tertulis Yok Mangan. Yok Mangan ialah bahasa Jawa yang bermaksud 'Jom Makan'


10. Korang ingat lagu yang Nayan nyanyikan dalam kereta? Lagu tersebut ialah lagu minuman Joy yang muncul di kaca tv pada tahun 1983. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan