10 Babak Dari Trailer 'Mission Impossible: Fallout' Yang Tiada Dalam Filem Sebenar [SPOILER ALERT]


Mission Impossible: Fallout kini menjadi antara filem yang paling hebat dalam siri filem Mission Impossible. Seperti kebanyakan filem, ada beberapa babak dalam trailer filem ini yang gagal untuk dimasukkan ke dalam filem. Hal ini berpunca daripada pelbagai sebab termasuklah durasi masa, logik tempat dan juga trailer yang disiapkan sebelum filem siap.


Berikut kami analisa trailer filem pertama Mission Impossible: Fallout dan kami dapati beberapa babak berikut tiada di dalam filem.

1. Ethan Hunt bertemu someone di jurang. Dalam filem, ini ialah bahagian akhir filem dan ada helikopter yang tergantung di tepi jurang. Berkemungkinan, babak ini dimasukkan ke trailer sebelum babak sebenar siap.


2. Babak kenderaan bergerak ke Kashmir.


3. Babak pagar kawat berdarah. Tidak ada babak yang membawa kepada kejadian ini di dalam filem sebenar. Berkemungkinan babak di Kashmir ini tidak dimasukkan sepenuhnya demi untuk memendekkan masa filem. 


4. Babak Ethan Hunt masuk ke bilik misteri. 



5. Babak tentera/ pengawal border Kashmir mati. Babak ini berkemungkinan dibuang kerana adanya bendera India di belakang bersebelahan pelakon Simon Pegg. Sepertimana yang kita tahu, India membuang perkataan Kashmir dan juga sebutan dialog berkaitan bahagian bergolak itu untuk versi tayangannya di India. 


6. Ethan Hunt belasah adik White Widow.


7. Babak Ethan Hunt berjalan bersama Ilsa selepas bertemu White Widow. Pengarah filem ini menyatakan bahawa babak ini tidak pernah dibuat untuk dimasukkan ke dalam filem sebenar. Ianya hanya untuk trailer sahaja.


8. Babak Ethan bergayut di jurang. Babak ini ialah babak penamat filem ini dimana helikopter dan darah John Lack boleh dilihat di bawah jurang. Berkemungkinan babak ini belum disiapkan sepenuhnya ketika trailer pertama filem ini keluar 6 bulan lalu.


9. Ethan bergayut di bumbung dalam misi pertamanya bersama August Walker.


10. Paling frust, babak helikopter Ethan hampir melanggar trailer. 


Catat Ulasan

0 Ulasan