'Zombieland 2' Bakal Difilemkan, Bakal Kembalikan Pelakon Asal



Zombieland 2 dilaporkan akan difilemkan. Sekuel kepada filem zombie popular tahun 2009 ini bakal mengembalikan pelakon asal seperti Jesse Eisenberg, Woody Harrelson, Emma Stone dan Abigail Breslin. Filem pertama Zombieland berjaya mengutip USD100 juta di seluruh dunia dengan bajet filem hanyalah USD24 juta.


Permintaan terhadap sekuel filem ini sebenarnya sudah lama. Kini, keinginan penonton sudah ditunaikan. The Hollywood Reporter melaporkan bahawa pihak Sony mengsahkan bahaw Zombieland 2 akan menjalani proses penggambaran. Sekuel ini akan ditulis lakonlayarnya oleh Paul Wenick dan Rhett Reese dan akan diarahkan oleh Ruben Fleisher.

Dilaporkan juga bahawa filem ini akan memulakan penggambaran pada awal 2009 dan akan ditayangkan pada Oktober tahun tersebut sempena ulang tahun ke sepuluh filem tersebut.
This is one of those projects that fans have wanted to see happen for a long time – and no one wanted to see it happen more than Emma, Woody, Jesse, and Abigail. These are some of the most in-demand actors and I think they are making this movie because they love these characters. We are thrilled Ruben was willing to come back to direct the sequel, as his work on Venom has been truly amazing.
Pastinya para penonton akan teruja dengan sekuel ini. Filem ini bakal memaparkan zombie baru dan lebih watak manusia. Dengan tempoh tayangan filem ini yang hanya setahun sahaja lagi, detail baru filem ini mungkin bakal didedahkan lagi dalam masa terdekat. Kita tunggu!

Catat Ulasan

0 Ulasan