Uqasha Senrose Dan Zizan Razak Bergandingan Dalam 'Saya Jual Ye Bang'



Selepas selesai dengan penggambaran filem Pulang dan Sangkar, Kabir Bhatia nampaknya tidak berhenti untuk terus menghasilkan karya. Terbaru, pengarah yang pernah popular dengan siri tv Nur Kasih suatu ketika dahulu kembali mengarahkan sebuah telefilem mega yang bertajuk Saya Jual Ye Bang.



Telefilem mega ini diterbitkan oleh Infinitus Film dan menggandingkan dua pelakon hebat iaitu Zizan Razak dan Uqasha Senrose. Filem ini bergenre romantik komedi. Layan video-video dari set filem tersebut di playlist di bawah.


Catat Ulasan

0 Ulasan