TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Ant-man & The Wasp (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Peyton Reed
Pelakon | Paul Rudd, Evangeline Lily, Lawrence Fishburn, Michael Douglas

Ant-man and the Wasp menambah satu lagi filem dalam senarai berjela filem Marvel Cinematic Universe. Sebagai sebuah filem yang dilahirkan selepas gema takbir Infinity War bergema, filem ini dirasakan seperti kecil sahaja. Filem Ant-man and the Wasp diarahkan oleh Peyton Reed, yang sebelum ini mengarahkan filem pertama.

Kali ini, Ant-man bergabung dengan watak baru (yang tak berapa baru, mungkin lebih ditonjolkan sahaja) iaitu The Wasp. Filem kali ini berkisar tentang bagaimana Hope dan ayahnya, Hank Pym cuba untuk mencari ibunya, Janet Van Dyne yang terperangkap di Quantum Realm.

Nak dijadikan cerita, rupanya ketika Ant-man mengecil dan masuk ke alam quantum dalam filem Ant-man, dia sebenarnya telah bertemu dengan Janet tanpa sengaja. Dan tanpa sedar, Janet menanam klu kepada lokasinya di alam quantum supaya Hank Pym boleh mengesan lokasinya. Itulah alkisah file mini yang sebenar-benarnya!

Dan di dalam filem ini, Hank Pym telah membina satu alat yang boleh membawa dirinya untuk ke alam quantum untuk membawa balik isterinya. Dalam masa sama, Ghost yang mana mahukan alat tersebut untuk sebab tertentu cuba untuk merampas alat tersebut untuk objektifnya yang tersendiri. Tuuuudia!

Sepanjang filem ini, kisah berkisar tentang bagaimana kejar mengejar tiga penjuru iaitu antara geng Hank Pym, geng Goliath dan geng Sony. Kejar mengejar ini membentuk sebuah filem yang ringan dan santai sekaligus memberikan masa untuk istirahat selepas menonton filem Infinity War. Peyton Reed kelihatan membawa filem ini mendekati unsur komedi yang lebih besar. Pelbagai punchline cuba dicipta untuk setiap watak namun malangnya ada punchline lawak yang try hard, dan gagal. Tapi, memang lawak Luis memang selalu menjadi.

Elemen lawak cuba diutamakan sekaligus menjadikan beberapa babak kelihatan macam tak berapa nak sesuai. Come on, ada masa yang kita boleh melawak, ada yang tak. So, bila tempat yang tak kena masa cuba dilawakkan, it seems sangat awkward ok.

Malah, adegan aksi dalam filem ini juga biasa. Boleh disifatkan ringan dan santai. Tidak banyak aksi lasak dalam filem ni yang boleh diharapkan kerana watak antagonis filem ini tidak membunuh seperti watak jahat lain. Kebanyakan aksi dalam filem ini sebenarnya sudah banyak dipromosikan dalam trailer. Apa yang kita tonton dalam filem ialah extension daripada itu.

Jadi, aku simpulkan yang Ant-man and the Wasp ni lebih kepada family movie. Ada elemen Disney yang biasa kita tonton dalam filem mereka. Kasih sayang anak ayah ialah elemen utama yang jelas dalam filem ni.

Seriously, Ghost adalah karakter antagonis yang agak mengecewakan. Aku agak terkilan di situ. Wataknya kelihatan dikongkong Goliath dan gagal untuk membuktikan kekuatannya yang sebenar. Lebih mengecewakan lagi, Goliath tidak diberi ruang untuk berkembang dan hanya kekal sebagai Bill Foster.

Kalau nak diikutkan, Ghost boleh menjadi lebih ganas dan hebat kalau Goliath tidak berada di jalannya. Should remove Goliath dari filem ni. Huh! Laurence Fishburne seperti disia-siakan. Ianya satu pembaziran untuk kehadiran sebuah aktor ternama dalam sebuah universe filem ternama. Dialognya macam flat, try hard untuk berjenaka tapi dia gagal untuk menjadi sesuatu yang hebat. Entah tang mana kurangnya, setiap kali dia berkata-kata, rasa macam flat sangat. Ada rasa macam dia nak buat lawak, tapi tak sampai.

Paul Rudd unexpectedly berjaya untuk memberikan lakonannya yang terbaik. Ish aku tak sangka hebat juga dia jadi pondan. Cuma aku harapkan ada babak-babak yang kacau emosi watak Ant-man, namun tiada. Aku Cuma mahukan watak Ant-man ini menjadi sedikit bermosi. Mungkin someone dekat dia mati ke atau sajalah. Asalkan, kita boleh lihat sisi lain Ant-man.


Ant-man and the Wasp ialah sebuah filem yang boleh disifatkan filem yang tak wajib pun nak ditonton kalau korang pilih untuk tak tonton. Filem ni berada dalam plotnya sendiri dan tiada kaitan dengan filem MCU lain. Cuma referens kepada beberapa filem MCU terdahulu hanya bergerak sebagai setup filem ini.

Cuma aku sarankan, tonton filem ni sebagai pelengkap penonton korang dalam senarai filem MCU. Bukan sebuah entry hebat dalam Marvel Cinematic Universe, tetapi kalau tak tonton, rasa tak lengkap juga. Aku yakin, korang hanya tonton filem ni sebab nak tahu kaitan dengan Infinity War je kan?

Ada dua post credit. Satu post credit tu memang penting untuk ditonton, if korang nak tahu diorang survive tak petikan jari Thanos dalam Infinity War. Yang second post credit, macam tak penting untuk ditonton.

Comments

Menarik!

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Dwayne Johnson Serang Tyrese Gibson Gara-gara Kutipan 'Hobbs & Shaw'

Denzel Washington Bakal Mainkan Watak Magneto Versi MCU

'Guardians of the Galaxy Vol 3' Ialah Filem Terakhir James Gunn Watak GOTG

Iko Uwais Bakal Sertai Filem Spin-off G.I Joe 'Snake Eye' Sebagai Hard Master

Sony Tawarkan Perjanjian 30% Bagi Disney Untuk Watak Spider-man dan Venom Dalam MCU

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Syamsul Yusof Dedah Nasib Ustaz Adam Di Akhir Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]