Trailer 'Munafik 2' Dilanda Kontroversi, Ada Adegan Menghina Ilmu Nabi Sulaiman?


Trailer Munafik 2 sudah ditayangkan kepada umum pada 23 Julai 2018. Trailer tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada penonton. Rata-rata memuji dan tidak sabar menunggu filem tersebut yang bakal berada di pawagam tidak lama lagi. Munafik 2 ialah sekuel kepada filem box-office Munafik yang diterbitkan pada tahun 2016.



Seorang ahli Komuniti Suka Filem telah berkongsi sebuah screenshot daripada Instagram yang mempersoalkan sebuah babak dalam trailer tersebut yang dikatakan menghina ilmu Nabi Sulaiman. Berikut ialah screenshot yang dikongsi oleh ahli kelab tersebut. 




Pencarian kami kepada entry asal gagal. Kami sedaya upaya untuk menggunakan hashtag yang digunakan di post untuk mencari artikel asal namun gagal untuk menjumpainya. Malah, akaun akhiaf yang digunakan juga seperti tidak wujud. 

Pada pendapat kami, Munafik 2 ialah sebuah filem hiburan yang pada masa yang sama berdakwah dalam caranya tersendiri. Jika apa yang dikatakan oleh akaun Instagram itu benar, kebenaran itu masih belum terbukti kerana Syamsul Yusof masih belum menjawab melalui filem penuh yang bakal ditayangkan di pawagam kelak.

Munafik 2 dibintangi Syamsul Yusof yang kembali membawa watak Ustaz Adam. Pelakon baru yang turut menyertai barisan pelakon filem hebat ini ialah Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Maya Karin dan juga Mawi. 


Munafik 2 akan berada di pawagam pada 30 Ogos 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan