'Skyscraper' Gagal Kaut Untung Di Carta Domestik Amerika Syarikat


Filem terbaru lakonan Dwayne Johnson, Skyscraper nampaknya gagal untuk mendapat tempat di hati peminat Amerika Syarikat. Walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk mempromosikan filem tersebut, filem tersebut gagal untuk mendapat kutipan memberansangkan di pasaran domestik.


Skyscraper diinspirasikan daripada filem Die Hard mengisahkan bagaimana seorang penasihat keselamatan, Will Sawyer lakonan Dwayne Johnson cuba untuk menyelamatkan keluarganya yang terperangkap di dalam bangunan tertinggi di dunia, The Pearl. Filem ini turut dilakonkan oleh Neve Campbell, Pablo Schreiber dan Noah Taylor.

Deadline melaporkan bahawa Skyscraper hanya mampu mengaut USD25.4 juta sahaja pada minggu pertama tayangan. Ini sekaligus menjadikan filem ini berada di tempat ketiga carta mingguan domestik. Tempat pertama carta diungguli Hotel Transylvania 3: Summer Vacation yang mengutip USD44.1 juta dan tempat kedua pula ialah Ant-man and the Wasp yang mendapat USD29.5juta.

Dengan kos pembikinan USD125 juta, Skyscraper sememangnya boleh dikira sebagai filem yang gagal di Amerika Syarikat. Kegagalan filem ini berkemungkinan disebabkan filem Dwayne Johnson yang terlalu banyak dalam masa setahun. Sebelum ini, pelakon ini muncul dengan filem Rampage yang mana mendapat kutipan USD99 juta di Amerika Syarikat dan USD404 juta di seluruh dunia.

Catat Ulasan

0 Ulasan