TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Siapa Baba Yaga Yang Disebut Dalam 'John Wick' Dan 'Ant-man and The Wasp'?



Baba Yaga! Tentu korang pertamakali dengar berkenaannya dalam filem John Wick. Dalam filem tersebut, John Wick diibaratkan sebagai Baba Yaga. Kini, jenaka Baba Yaga kembali lagi dalam Ant-man and the Wasp. Di dalam filem ini, watak Kurt membandingkan kekuatan dan kehebatan watak Ghost seperti Baba Yaga.

Bagi yang tak pernah dengar lagenda Baba Yaga, jenaka ini mungkin membuatkan korang teringat kepada filem John Wick. Tidak! Baba Yaga yang dimaksudkan tidak memparodikan John Wick. Baba Yaga ialah lagenda yang benar. Nah, kami kisahkan.


Baba Yaga ialah makhluk yang dipercayai ada dalam lagenda cerita rakyat Rusia. Dia juga dikenali sebagai Baba Yaga Boney Legs. Ianya muncul dalam cerita rakyat dan digambarkan mempunyai gigi besi, boleh terbang, suka duduk di dalam lesung kayu

dan kuat makan. Namun, rupanya berbeza-beza daripada cerita ke cerita.

'Baba' dalam bahasa Slavic bermaksud 'nenek' manakala 'yaga' bermaksud ketakutan. Lagenda Baba Yaga ni bolehlah disamakan dengan lagenda melayu 'nenek kebayan'.

Makhluk lagenda ini dikatakan tinggal di dalam pondok buruk yang boleh bergerak. Pondok tersebut mempunyai kaki berupa kaki ayam yang memang mengerikan. Apabila adanya pengunjung masuk ke dalam pondok, Baba Yaga akan bertanya sama ada mereka datang secara sukarela atau ada yang menghantar mereka kesini. 

Jika mereka menipu, maka mereka akan dikurung di dalam pondok tersebut yang mana pagarnya diperbuat daripada tulang manusia dan tengkorak.

Dalam filem Ant-man and the Wasp, Kurt membandingkan Ghost dengan Baba Yaga kerana kebolehan mereka hampir sama. Ghost boleh menghilang dan juga muncul dengan tiba-tiba. Walaupun banyak karakteristik Baba Yaga tidaklah dimiliki Ghost, namun kebolehan Ghost yang menakutkan dibandingkan sahaja dengan Baba Yaga.

Oh, Baba Yaga juga bukanlah watak antagonis semata dalam cerita rakyat. Dia juga kadangkala menjadi watak yang suka menolong orang dan mempunyai hati nurani yang baik. Mungkin sifat ini yang membuatkan perbandingan Ghost dan Baba Yaga adalah sesuai.

Comments

Menarik!

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel

Negara Wakanda Diinspirasikan Daripada Malaysia! Ini Buktinya!

'Wira' Kini Sebahagian Daripada Universe Filem [SPOILER ALERT]

Marina Mahathir Anggap Filem 'Mahathir: The Journey' Memalukan Keluarga

Rupa Pelakon Baywatch Asal, Dahulu dan Sekarang

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

'No Time To Die' Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Drive (2019)