Priyanka Chopra Bakal Berganding Dengan Chris Pratt Dalam 'Cowboy Ninja Viking'


Pelakon jelita Bollywood, Priyanka Chopra dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk menyertai sebuah filem adaptasi novel grafik bertajuk Cowboy Ninja Viking yang turut sama dilakonkan oleh Chris Pratt. Priyanka Chopra sebelum ini menerjah pasaran Hollywood apabila dia berlakon dalam siri Quantico.


Priyanka Chopra akan memegang watak kekasih kepada watak Chris Pratt. Priyanka Chopra sudah diujibakat dan keserasian Priyanka Chopra dengan Chris Pratt berjaya menarik perhatian selepas ujibakat dijalankan. 

Filem ini ialah adaptasi novel grafik terbitan Image Comics pada tahun 2009 tulisan A.J Lieberman dan pelukis RIley Rossmo. Ianya akan diadaptasikan oleh Dan Mazeau yang pernah menulis lakonlayar Wrath of the Titans dan Ryan Engle yang pernh menulis lakonlayar The Commuter. Draf awal filem ini ditulis oleh Craig Mazin daripada versi asal tulisan penulis lakonlayar Deadpool, Paul Wernick dan Everett David Reese. 

Filem ini bakal mengisahkan bagaimana seorang pembunuh upahan yang diarah untuk membunuh tiga sasaran iaitu seorang cowboy, seorang ninja dan seorang viking. Filem ini dijangka bakal ditayangkan pada 28 Jun 2019.

Pengarah Game of Thrones, Michelle McLaren akan mengarahkan filem ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan