Prakash Raj, Gulshan Grover Dan Amrish Puri, Antagonis Bollywood Terhebat!


Watak antagonis sememangnya tidak dapat dipisahkan dari sesebuah filem. Bollywood sememangnya terkenal dengan paparan watak antagonis yang dahsyat dan hebat. Antara ikon watak antagonis di Bollywood ialah Amrish Puri, Gulshan Grover dan juga Prakash Raj. Jom kitorang kisahkan latar belakang diorang satu persatu.



Amrish Puri: Pelakon Antagonis Bollywood Terhebat


Dilahirkan pada 22 Jun 1932 di Jalandhar Punjab, Amrishlal Puri atau nama popularnya, Amrish Puri ialah seorang pelakon antagonis hebat Bollywood. Pelakon ini juga dikenali di Hollywood apabila memegang watak Mola Ram dalam filem Ghandi (1982) dan Indiana Jones and the Temple of Doom (1984).

Biar benar? Jangan lupa Subscribe tau!

Sudah 400 lebih filem dilakonkannya semenjak dari 1967 hinggalah tahun 2005. Dia juga terlibat dalam pelbagai filem selain Hindi seperti Telugu, Tamil, Kannada dan lain-lain. Antara filem yang menaikkan namanya ialah Hum Paanch (1980), Vidhaata (1982), Hero (1983). 

Pada era 80an dan 90an, hampir kebanyakan filem Bollywood akan mengambil Amrish Puri sebagai watak antagonis. Antara sebab kenapa ramai pengarah menggemarinya ialah kerana suara baritonnya yang memang kedengaran ganas. 

Watak yang tidak lekang di kepala peminatnya ialah Mogambo dari filem Mr. India, Jagavar dari filem Vidhaata, Thakral dalam filem Meri Jung, Bhujang dalam filem Tridev, Balwant Rai dalam Ghayal, Barrister Chadda dalam filem Damini, dan Thakur Durjan Singh dalam filem Karan Arjun. 

Selain watak ganas dan jahat, Amrish Puri juga pernah memegang watak yang berbeza. Watak baik dimainkan dalam filem Dilwale Dulhaniya Le Jayenge, Phool Aur Kaante, Gardish, Pardes, Virasat, Ghatak, China Gate dan Mohabbatein. Watak komik komedi pula dimainkan dalam filem Chachi 420.  
Pelakon ini menderita myelodysplastic syndrome, sejenis kanser darah yang unik. Pelakon ini menghadapi pelbagai pembedahan otak untuk membuang darah kotor sekitar 2004. Dan selepas pembedahan yang memerlukan doktor mengeluarkan darah kotor di bahagian tengah otak pada awal tahun 2005, Amrish Puri koma dan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Januari 2005. Kini, bakatnya hanya tinggal kenangan.

Gulshan Grover: Bad Man of Bollywood


Gulshan Grover dilahirkan pada 21 September 1955. Pelakon ini sememangnya popular memegang watak antagonis dalam filem Hindi sehingga digelar 'Bad Man of Bollywood'.
Selain filem Bollywood, Gulshan Grover juga pernah membintangi filem Hollywood seperti Prisoner of Sun, Desperate Ambition dan Blind ambition. 

Membintangi lebih 400 filem Bollywood sememangnya tidak membuatkan pelakon ini membangga diri. Tahun lepas, dia terlibat dengan filem I'm Not A Terrorist, sebuah filem Malaysia lakonan Chacha Maembong dan Afiq Muiz.

Prakash Raj: Antagonis Bollywood Era Baru


Prakash Raj ataupun nama asalnya, Prakash Rai dilahirkan pada 26 Mac 1965. Pelakon ini memulakan karier lakonan dalam filem Kannada sebelum berhijrah ke filem Malayalam, Telugu dan Tamil. Bakatnya di Bollywood dikenali ramai semenjak dia berlakon dalam filem Wanted (2009).

Selain berlakon sebagai antagonis, dia juga berbakat menjadi pengarah. Pada 2010, dia mengarahkan filem Kannada bertajuk Nnanu Nanna Kanasu yang mana box office. Malah, dia juga pernah mengarah filem Tamil dan Telugu. Selain mengarah, dia juga bertindak sebagai penerbit filem.

Prakash Raj juga hebat dalam kerja kemanusiaan. Dia telah mengambil sebuah kampung sebagai 'kampung angkat' di daerah Mahabubnagar di negeri Telanggana. Hebat.


Catat Ulasan

0 Ulasan