Pengarah Tak Izin Ant-man Dan The Wasp Muncul Dalam 'Infinity War'


Pengarah filem Ant-man and the Wasp, Peyton Reed mendedahkan bahawa dia yang tidak mahu watak superhero tersebut untuk muncul dalam Avengers: Infinity War. Filem ke 19 dalam dunia MCU itu boleh dikira antara filem paling ditunggu-tunggu para peminat superhero.


Selepas 10 tahun membina dunia MCU, akhirnya kesemua plot dalam dunia filem solo MCU begabung. Namun, Hawkeye dan Ant-man tidak pula dapat dikesan dalam trailer dan juga poster sepanjang promosi. Malah, dua watak itu tidak membuat kemunculan dalam filem Infinity War tersebut.

Secara logiknya, antara sebab mereka tidak memunculkan diri ialah kerana Captain America sudah meminta tolong Ant-man dalam filem Civil War. Namun, tidak dapat dipastikan kenapa Captain America tidak mahu meminta pertolongan Ant-man buat kali kedua. 

Kini, sebab kenapa watak Ant-man dan The Wasp tidak muncul dalam Infinity War sudah diketahui. Peyton Reed mendedahkan hal ini dalam satu temubual bersama IGN. Dia mengakui bahawa dia tidak mahu dua watak tersebut muncul dalam Infinity War. Dia mahukan watak tersebut dalam misinya sendiri. 

Malah, dia juga menjelaskan bahawa dia tidak berapa berminat dengan kemunculan watak tersebut dalam filem lain. Peyton Reed menjelaskan bahawa amat penting untuk The Wasp berada dalam filem solonya sendiri supaya wataknya dapat dikembangkan dengan baik. 

Ant-man and The Wasp akan berada di pawagam pada 4 Julai 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan