Pelakon Aksi Iko Uwais Bakal Bintangi Siri Netflix 'Wu Assassins'

Netflix dilaporkan baru memesan sebuah siri terbaru untuk laman penstriman tersebut yang dikenali sebagai Wu Assassins. Wu Assassins dilaporkan bakal dibintangi oleh pelakon aksi The Raid, Iko Uwais yang sedang meningkat naik buat masa ini.


The Raid, antara filem aksi terhebat dekad ini menyaksikan Iko Uwais melebarkan sayapnya ke luar negara dengan membintangi beberapa filem Hollywood sebelum ini. Wu Assassins akan menyaksikan buat pertamakalinya Iko Uwais menyertai sebuah siri penstriman untuk Netflix.

Wu Assassins dicipta oleh John Wirth yang mana sebelum ini menulis lakonlayar untuk Terminator: The Sarah Connor Chronicles dan Falling Skies.

Wu Assassins ialah sebuah siri aksi padat yang berlatarblakangkan Chinatown di San Francisco. Iko Uwais akan melakonkan watak Kai Jin, seorang tukang masak dan menjadi pembunuh upahan yang dikenali sebagai Wu Assassin.

Siri Netflix ini akan menggabungkan si-fi, aksi, drama dan elemen masak-memasak yang sekaligus menjadikan siri tv ini unik. Selain itu, kehebatan Iko Uwais dalam mereka koreografi aksi dan juga seni bela diri sedia ada akan membuatkan siri ini bertambah menarik.

Ketika ditanya oleh laman RoberEbert.com, tentang bagaimana seorang pelakon mengekalkan rasa cemas dan juga karakteristik watak walaupun dirinya ialah seorang koreografer? Iko Uwais menjawab:

It’s choreographed but also mixed with improv when needed. It’s all locked-down and pre-designed and I know from the beginning to the end where the punches are coming from but having to remember that just because you know the choreography don’t move your body already [in anticipation]. Feed off it. If we’re facing off against each other, if you swing and then I block, I would look for the next strike and it’s that little look that will tell the audience that you’re anticipating it but you don’t know where it’s coming from until he swings. That’s a part of the process—put those little looks in and gestures that give the audience the perception that it is all spontaneous and a reflex instead of something that’s programmed.

Selain Iko Uwais, Byron Mann yang sebelum ini muncul dala siri Netflix Altered Carbon akan turut terlibat dalam siri tersebut. Barisan pelakon lain akan diumumkan kemudian. Produksi siri yang berdurasi 10 episod ini akan memulakan penggambaran pada Ogos 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan