Paul Rudd Pula Dedahkan Apa Yang Ada Dalam Post-credit Filem 'Ant Man And The Wasp'


Paul Rudd, pelakon watak Ant-man mungkin telah mendedahkan apa yang bakal ditonton dalam post-credit scene filem Ant-man and The Wasp. Selepas muncul kali terakhir dalam filem Captain America: Civil War, nampaknya sekuel terbaru Ant-man ini bakal menjelaskan kenapa watak tersebut tidak muncul dalam filem Infinity War.


Kita semua tahu bahawa Ant-man and The Wasp akan berlaku sebelum dan ketika filem Infinty War berlaku. Namun, kita tidak tahu apa yang bakal ditunjukkan dalam post-credit filem tersebut. Dalam satu temubual program Late Night with Seth Meyers, Paul Rudd sudah memberikan hint tentang post-credit filem ini yang agak mengejutkan.
People have asked me about [Ant-Man and The Wasp] and this, I don't know if I'm supposed to say it but I'll say it, it happens kind of concurrently. It's very important because it doesn't exist in a vacuum. You have to stay through the end because when you see this thing, through those post-credit scenes, there's mind-blowing stuff that ties into Infinity War.
Pelakon itu mungkin tidak sengaja mendedahkan tentang isi post-credit filem tersebut. Walaupun ianya tidak menggambarkan apa yang bakal kita tonton, ianya pasti akan mendedahkan sesuatu yang penting yang berkaitan dengan Infinity War. 

Ant-man dan The Wasp disahkan akan terlibat dalam filem Avengers 4. Jadi tiada siapa pun dapat menjangka sama ada dua watak tersebut akan 'hilang' dalam kejadian Infinity War yang bakal didedahkan dalam filem ini atau tidak.

Ant-man and The Wasp akan ditayangkan di pawagam pada 4 Julai 2018. 

Catat Ulasan

0 Ulasan