Kisah Cinta Abhishek Bachchan Dan Aishwarya Rai Sehingga Jinjang Pelamin



Pasangan Abhishek dan Aishwarya Rai sememangnya antara pasangan yang popular di Bollywood. Nak tahu macam mana kisah cinta mereka? Jom baca...


Abhishek dan Aishwarya bertemu buat pertamakalinya di set filem Dhaai Akshar Prem Ke (2000) dan Kuch Naa Kaho (2003). Pada fasa ini mereka hanyalah kawan dan rakan sekerja.

Sebelum berkenalan dengan Aishwarya, Abhishek pernah bertunang dengan Karisma Kapoor. Namun, hubungan mereka yang terputus di tengah jalan buatkan Abhishek lebih fokus pada kerja. 

Cinta mereka berputik semenjak filem Bunty Aur Babli (2005) dimana mereka digandingkan dalam sebuah lagu filem tersebut. Namun, mereka keluar bersama mulai tahun 2006 dan berlakon bersama dalam 3 filem iaitu Umrao Jaan, Guru dan Dhoom 2.

Abhishek Bachchan melamar Aishwarya Rai pada malam tayangan filem Guru di Toronto. Aishwarya tanpa ragu menerima lamaran tersebut. Lalu, mereka bertunang pada 14 Januari 2007. 

Namun, ujian menduga mereka. Antaranya, Aishwarya Rai dikatakan mempunyai horoskop kurang baik. Untuk menyingkirkannya, Aishwarya Rai perlu mengahwini sebatang pokok pisang. Selain itu, keintiman watak Aishwarya Rai dalam Dhoom 2 di samping Hrithik Roshan juga mengundang tidak senang hati keluarga Abhishek. 

Malah, seorang gadis bernama Jhanvir Kapoor pernah mengelar tangannya sendiri dan mengakui Abhishek pernah berjanji untuk mengahwininya. Namun, siasatan polis mendapati bahawa ianya hanyalah publisiti murahan untuk menganggu pasangan tersebut. 

Lalu, dengan cinta, mereka berkahwin pada 20 April 2007. Kepak kepak kepung kepung! Dan di alam perkahwinan mereka, Aaradhya dilahirkan sebagai pengikat kasih sayang mereka. The yennndddd!

Catat Ulasan

0 Ulasan