TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Joaquin Phoenix Bakal Lakon Watak Joker Dalam Filem Solo Watak Tersebut


Warner Bros secara rasminya mengumumkan bahawa Joaquin Phoenix akan membintangi filem solo watak Joker yang bakal berkisar tentang asal usulnya. Filem yang tidak diketahui judulnya itu akan diarahkan oleh Todd Phillips dan akan ditulis lakon layarnya oleh Scott Silver. Warner Bros menyatakan bahawa filem ini bukanlah sebuah filem adaptasi komik biasa.


Sebelum ini, usaha untuk mendapatkan pelakon tersebut untuk membintangi filem ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pelakon itu sendiri memilih skrip yang berkualiti. Warner Bros menyatakan bahawa kontrak lakonan pelakon itu hanyalah untuk filem ini sahaja dan bukannya kontrak untuk sepanjang filem DCEU. 

Maklumat berkenaan filem berkaitan Joker ini masih lagi sabar. Lagipun, kisah asal usul Joker tidak pernah didedahkan pun dalam komik. Berkemungkinan filem asal usul Joker ini akan diinspirasikan daripada novel The Man Who Laughs tulisan Victor Hugo.. 

Ada juga khabar angin menyatakan bahawa filem ini akan berkait dengan filem The Batman arahan Matt Reeves yang mana bakal menampilkan Batman yang lebih muda. Namun, buat masa ini, maklumat yang sedikit mungkin akan membuatkan para penonton menunggu. Kami akan maklumkan lagi jika ada perkembangan terkini.

Comments

Menarik!

Ulasan Filem: Till Death (Azalea's Wrath) a.k.a Dendam Azalea (2019)

Watak Han Mungkin Akan Muncul Semula Dalam Filem 'Fast & Furious 9'?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Kevin Feige Dedah Nasib Mangsa Petikan Jari Thanos Yang Berada Di Atas Kapal Terbang

Disney Beri Lampu Hijau Untuk Terbitkan Sekuel Filem 'Aladdin'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Asal Usul Sebenar Ayat 'I Love You 3000' Dalam Filem 'Avengers: Endgame'

Wesley Snipes Akan Lakonkan Watak Antagonis Dalam 'Blade' Versi MCU?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]