Huraian Babak Kemuncak Filem 'Ant-man and the Wasp' [SPOILER ALERT]


Ant-man and the Wasp ialah sebuah filem tentang kisah keluarga yang semakin membesar dan juga menghadapi pelbagai isu. Di akhir filem ini, kebanyakan masalah selesai sebelum satu twist mengaitkan filem tersebut dengan Avengers: Infinity War. Kami akan huraikan apakah kesan pengakhiran filem ini terhadap masa depan Marvel Cinematic Universe.


Ambil tahu bahawa post ini mengandungi MAJOR SPOILER. Diingatkan bahawa penonton yang belum menonton filem ini diharapkan supaya tidak membaca post ini selepas perenggan ini.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

SINOPSIS

Plot utama filem Ant-man and the Wasp bermula 2 tahun selepas filem Ant-man yang pertama. Ketika itu, Scott Lang terlibat dengan konflik dalam filem Captain America: Civil War sehingga menyebabkan Scott Lang ditahan di rumahnya sendiri. Di dalam filem ini, Scott Lang sudah hampir selesai menjalani tahanannya. 

Walaupun dalam tahanan, Scott Lang masih berhubung dengan Hank Pym dan Hope. Kedua mereka sedang dalam pelarian kerana dikejar kerajaan. Namun, Scott Lang kini masih rapat dengan bekas isterinya dan sentiasa menghabiskan masa tahanannya bersama anaknya, Cassie.

Ketika ini, Hank Pym dan Hope juga telah membina sebuah makmal baru dan sedang cuba untuk mencari jalan untuk memasuki Quantum Realm dan menyelamatkan Janet Van Dyne. Mereka masih percaya yang isteri Hank Pym itu masih hidup selepas menyaksikan Scott Lang berjaya kembali dari Quantum Realm dalam filem pertama. 


Daripada sinopsis ini dapat dilihat bahawa filem ini menekankan tema kekeluargaan. Hubungan anak dengan ayah ialah perkara yang diutamakan dalam filem ini.

Penambahan terbaru dalam filem ini ialah pengenalan kepada watak Dr. Bill Foster dan Ava, dua watak yang mana berkait dengan masa silam Hank Pym. Mereka mempunyai hubungan ayah dan anak walaupun sekadar anak angkat. Ava dijadikan anak angkat Dr Bill Foster selepas S.H.I.E.L.D sudah tiada. Ava berdendam dengan Hank Pym kerana masa silamnya. 

Disebabkan filem ini bermain dengan tema kekeluargaan, filem ini berakhir dengan happy ending. Scott Lang akhirnya berjaya menyelesaikan hukuman tahanan di rumahnya dan kini boleh menghabiskan masa bersama Cassie dan bekas isterinya. Janet pula di akhir filem berjaya diselamatkan dan kini bekerja di samping Hank Pym, Hope dan Scott Lang. Dr. Bill Foster dan Ava juga kini bekerjasama dengan Hank Pym dan cuba untuk menjelajah Quantum Realm supaya dapat menyelamatkan Ava.

CASSIE LANG, AHLI AVENGERS DI MASA DEPAN?

Dalam satu babak dimana Cassie Lang meyakinkan ayahnya untuk langgar peraturan dan bantu untuk selamatkan Hope danHank Pym, Cassie ada bercakap tentang ingin menjadi partner kepada ayahnya. Walaupun babak itu tidaklah penting, ianya menunjukkan bahawa Cassie Lang memberi satu petunjuk bahawa Cassie mungkin akan menjadi sebahagian daripada Avengers.

Dalam mid-credit filem Ant-man and the Wasp, kita dipaparkan dimana Scott Lang terperangkap seorang diri di dalam Quantum Realm. Adakah berkemungkinan bahawa Cassie Lang satu-satunya manusia yang boleh menolongnya untuk kembalikan Ant-man ke dunia nyata? 

Korang mesti ingat bahawa Cassie Lang akan dilakonkan oleh Emma Fuhrmann dalam Avengers 4. Namun, masa ini kita tidak tahu sejauh mana teori ini ada benarnya.

JANET VAN DYNE DAH BEREVOLUSI

Watak Janet Van Dyne dikisahkan sebagai terperangkap di dalam Quantum Realm selama berdekad. Namun, di dalam filem Ant-man and the Wasp, watak itu kembali dengan paras rupa yang sempurna dan tiada cacat cela. Kalau diikutkan asalnya, Janetlebih genius daripada Hank Pym. Disebabkan formula dan manipulasi terhadap Scott Lang membolehkan dia melepaskan diri dari Quantum Realm.

Entah bagaimana, Janet boleh terselamat dan hidup untuk merancang proses menyelamatkannya dalam Quantum Realm. Kita juga tahu bagaimana masa di Quantum Realm bergerak, dan ianya tidak menghalang Janet daripada menjadi sedikit tua. Namun, pada masa yang sama Janet memperoleh sedikit kuasa daripada quantum energy yang boleh membantunya menyelamatkan Ghost.

Namun, persoalan di sini, adalah Janet akan menjadi lebih hebat daripada apa yang kita lihat. Dia juga memberikan klu tentang 'time vortex' yang mana ditinggalkan untuk dijelaskan dalam filem Avengers 4 yang akan datang. Mungkinkah kita akan melihat Janet dalam filem Avengers 4 yang akan datang? 

KESAN PYM PARTICLES DAN QUANTUM ENERGY

Semestinya, Janet akan menerima kesan daripada berada di dalam Quantum Realm terlalu lama. Namun, kita tidak pula melihat sebarang bahaya dan juga kesannya setakat ini. Scott Lang pernah memberi tahu bagaimana rasanya memasuki Quantum Realm. Hank Pym juga kini pernah merasainya. 


Buat masa ini, kita masih gagal untuk melihat kesan tenaga kuantum ini. Namun, di masa hadapan, mungkin kedua-duanya mempunyai kesan tersendiri terhadap dunia MCU.

QUANTUM AVENGERS

Antara perkara menarik dalam Ant-man and the Wasp ialah kisah superhero dengan keluarga mereka dari generasi ke generasi. Dari filem pertama, dinamik ini menjadi lebih berkembang dalam filem sekuelnya dengan penambahan watak Bill Foster dan Ava.

Ant-man and the Wasp juga mengembalikan The Wasp asal dan segala perkaitan dengan Quantum dan Pym Particle dalam cara yang unik. Walaupun kita kehilangan dua The Wasp dan seorang Ant-man dalam mid-credit scene, semestinya Ant-man versi Scott Lang tidak perlu bersendirian. Semestinya, Cassie akan ada untuk menolongnya. 

ANT-MAN BEBAS

Apabila filem ini berakhir dengan selesainya Scott Lang mehadapi hukuman, ianya sekaligus menandakan kemunculan Ant-man di dalam filem Avengers 4 ialah satu perkara yang logik. Walaupun sebenarnya, Peyton Reed pernah menyatakan bahawa dia sendiri yang tidak mahu Ant-man muncul dalam Infinity War, sekaligus menggunakan alasan hukuman tahanan untuk menyebabkan Ant-man berada dalam misinya, logik itu menjadi.


Harapnya, selepas ini, Ant-man akan bersama dengan kepelbagaian Avengers dalam menumpaskan musuh dan kemudiannya menjadi lebih hebat dalam gabungan team superhero Avengers.


KESIMPULAN

Ant-man and the Wasp merupakan sebuah filem yang menjawab beberapa soalan tentang ketiadaan mereka dalam filem Infinity War. Dengan mengekalkan konsep kekeluargaan dalam temanya, Ant-man and the Wasp mungkin menjadi satu filem yang cuba untuk membuka pintu kepada fasa baru Marvel Cinematic Universe. 

Dengan watak Cassie, Janet dan Hope yang sudah wujud, mungkin fasa pengenalan kepada superhero perempuan dunia MCU sudah pun bermula. Dan pelbagai perkara yang dimulakan dalam filem Ant-man and the Wasp mungkin menjadi klu kepada beberapa cara untuk menumpaskan Thanos dalam filem Avengers 4.

Ant-man and the Wasp kini di pawagam.

Catat Ulasan

0 Ulasan