Filem Yang Diinspirasikan Dari Tragedi Gua Tham Luang Bakal Dihasilkan


Selepas kejayaan menyelamatkan 12 orang pelajar dan seorang jurulatih di Gua Tham Luang, Thailand selesai selepas 18 hari berhempas pulas, Hollywood kini sudah ada perancangan untuk membikin filem berkenaannya. Perkara ini diumumkan oleh Pure Flix Entertainment yang bakal mengadaptasi kisah tersebut.


Pada 23 Jun 2018, 12 orang pelajar yang juga pemain bola sepak sekolah yang berumur 11 hingga 16 tahun terperangkap di dalam gua Tham Luang bersama jurulatihnya. Pasukan yang dikenali sebagai The Wild Boars dilaporkan sedang meneroka gua tersebut untuk suka-suka namun gagal untuk keluar dari gua tersebut selepas jalan keluarnya banjir.

Dengan oksigen yang makin berkurang, dengan bekalan makanan yang sedikit, pasukan penyelamat dikerahkan dari pelbagai bidang dan juga Thai Navy SEALS. Selepas 18 hari, misi menyelamat berjaya.

Perkara ini diumumkan oleh CEO Pure Flix, Michael Scott dan dilaporkan oleh The Hollywod Reporter. Michael Scott hadir melihat proses menyelamat dan bertemu dengan beberapa saudara dan juga penyelam untuk mendapatka hak untuk filemkan kisah tersebut. Dia menyatakan bahawa idea filem ini akan diinspirasikan daripada keberanian pasukan penyelamat tersebut.
This was truly a team effort involving Brits, Aussies, Americans and Thais, and the divers told us incredible stories. They had less than five meters' visibility, fought harsh currents and used a buddy system of two divers for each boy rescued. It was a monumental effort.
Michael Scott mengumumkan bahawa filem tersebut bakal menelan belanja USD30 juta hingga USD60 juta dan akan diterbitkan dengan kerjasama Kaos Entertainment. Penulis lakonlayar sedang dicari dan filem ini bakal dipaparkan dari sisi penyelamat. Filem ini juga bakal memberi penghormatan kepada penyelam Navy SEAL, Saman Gunan yang meninggal dunia ketika misi menyelamat.

Scott tidak mendedahkan sama ada filem ini akan menampilkan CEO SPace X, Elon Musk yang mana bekerja bersama sepasukan jurutera untuk membina sebuah alat menyelam untuk menyelamatkan mangsa.

Catat Ulasan

0 Ulasan