Filem 'Venom' Bukan Sebahagian Dari Perjanjian Marvel Dan Sony


Filem Venom tidak akan berkait dengan filem Spider-man versi Tom Holland yang berada di dalam MCU. Studio penerbitan Venom berjaya mencari jalan untuk mereboot semula filem Spider-man selepas bersetuju dengan syarat perjanjian antara Sony dan Marvel. Sony kini sibuk mencipta Spider-man universenya yang tersendiri manakala MCU juga menampilkan Spider-man mereka sendiri.


Tom Hardy berlakon dalam filem Venom sebagai Eddie Brock. Dalam filem ini, dia ialah seorang jurnalis yang mana menyiasat organisasi misteri sehinggalah dia mendapat kebolehan di luar kawalan. Kini, kisah ini disahkan tidak akan berkait dengan MCU walaupun ada khaba angin menyatakan Tom Holland akan buat kemunculan dalam filem ini.

Entertainment Weekly menerbitkan beberapa maklumat terbaru berkenaan filem ini dan mengesahkan pemisahan karakter Venom daripada dunia Marvel Cinematic Universe
Venom is the first of Sony’s new films based on characters from the Spider-Man comics, although it’s a separate world from last year’s Spider-Man: Homecoming. (It’s also not part of the deal between Sony and Disney that allows Tom Holland’s Spidey into the Marvel Cinematic Universe).
Diharapkan peminat tidak keliru dengan dunia Spider-man versi Sony dan juga MCU. Sony juga sedang merancang untuk menerbitkan beberapa filem dalam Spider-man Universe yang melibatkan karakter-karakter yang masih lagi dalam hak mereka. Dan buat masa ini, Venom berdiri sebagai sebuah filem stand alonenya sendiri.

Catat Ulasan

0 Ulasan