TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Filem Reboot 'Child's Play' Kini Dalam Proses Perancangan


Walaupun baru-baru ini, Don Mancini membuat pengumuman tentang siri TV Child's Play, MGM dilaporkan sedang merancang untuk membikin filem 'remake' bagi filem asal Child's Play yang diterbitkan pada tahun 1988 dengan Chucky yang lebih berteknologi tinggi. Child's Play ialah sebuah francais slasher seram yang popular dan filem terakhirnya, Cult of Chucky diterbitkan tahun lepas.


Collider melaporkan bahawa Child's Play versi baru ini akan mengabaikan kesemua filem-filem terdahulu dan cuba untuk mencipta idea baru. Walaupun MGM tidak memberi apa-apa kenyataan rasmi berkenaan hal ini, Collider mendedahkan bahawa filem ini akan berlatar masa kini dan berkisar tentang sekumpulan budak nakal. Malah, Chucky versi baru akan lebih berteknologi tinggi.

Laporan juga menyatakan bahawa filem tersebut bakal diarahkan oleh Lars Klevberg yang sebelum ini mengarahkan filem Polaroid. Perancangan untuk siri TV masih akan berjalan dan ada beberapa masalah hak cipta yang perlu diselesaikan.

Sepertimana francais horror lain, masalah hakcipta Child's Play juga sedikit rumit. MGM mempunyai hak cipta terhadap filem asal Child's Play manakala Universal Pictures pula mempunyai hak terhadap filem-filem sekuelnya. Adalah tidak mustahil MGM akan menerbitkan reboot filem asal dan Universal Pictures akan terus menyambung sekuel filem Child's Play secara berasingan.

Buat masa ini, sekuel ini hanyalah khabar yang tidak dapat disahkan kesahihannya. Apapun, jika Child's Play diremake semula, sudah pasti akan lebih hebat dan segar. 

Comments

Menarik!

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Dwayne Johnson Serang Tyrese Gibson Gara-gara Kutipan 'Hobbs & Shaw'

Denzel Washington Bakal Mainkan Watak Magneto Versi MCU

'Guardians of the Galaxy Vol 3' Ialah Filem Terakhir James Gunn Watak GOTG

Iko Uwais Bakal Sertai Filem Spin-off G.I Joe 'Snake Eye' Sebagai Hard Master

Sony Tawarkan Perjanjian 30% Bagi Disney Untuk Watak Spider-man dan Venom Dalam MCU

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Syamsul Yusof Dedah Nasib Ustaz Adam Di Akhir Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]