TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Filem 'Black Widow' Bakal Diarahkan Pengarah Perempuan Pertama MCU


Cate Shortland kini dipilih untuk mengarahkan filem Black Widow. Ini sekaligus menjadikan pengarah filem Berlin Syndrome itu sebagai pengarah filem wanita pertama untuk siri filem Marvel Cinematic Universe. Sebelum ini Marvel memulakan proses penulisan skrip dari tulisan Jac Shaeffer. Dan kini, pengarah filem Black Widow sudah ditemui.



Pelbagai spekulasi tentang sipa pengarah yang bakal menangani watak Black Widow dalam filem solonya sudah terjawab selepas lebih 65 calon pengarah diselidiki. Cate Shorland kini sudah menandatangani perjanjian untuk mengarahkan filem tersebut. 

Pengarah filem ini menjadi pengarah pertama wanita mengarahkan filem solo MCU. Sebelum ini, Anna Boden juga seorang pengarah wanita menjadi pengarah bersama untuk filem Captain Marvel bersama Ryan Fleck.

Background Shorland hanyalah sekadar seorang pengarah filem indie. Filem pertamanya, Berlin Syndrome dilakonkan Teresa Palmer. Selepas itu, dia mengarahkan filem Somersault dan Lore pada tahun 2012. Black Widow ialah filem blockbuster pertama yang bakal diarahkannya.

Filem Black Widow dirancang untuk tayangan tahun 2020. Namun, buat masa ini, tiada maklumat lanjut berkaitan filem tersebut yang boleh diberitahu. Ada khabar angin menyatakan filem ini ialah sebuah filem prekuel. Namun, selagi Black Widow belum memulakan pengambaran, kita hanya perlu menunggu

Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

10 Fakta Tentang Filem Epik Shah Rukh Khan 'Asoka'

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]