Chris Pratt Dan Zoe Saldana Komen Isu Pemecatan James Gunn Dari Disney


Zoe Saldana dan Chris Pratt akhirnya memberi komen berkenaan pemecatan mengejut pengarah filem Guardians of the Galaxy, James Gunn. Pelakon yang membintangi filem Guardians of the Galaxy itu kini dalam persediaan untuk penggambaran filem ketiga siri filem tersebut pada awal tahun 2019.


Kini selepas pemecatan James Gunn, nasib filem Guardians of the Galaxy Vol 3 kini masih tidak ada arah tuju. Para netizen sudah meluahkan perasaan tentang isu ini dan kini, tibalah komen daripada dua pelakon Guardians of the Galaxy, Zoe Saldana dan Chris Pratt.

Dalam tweet di akaun milik Zoe Saldana, dia menyatakan bahawa dia menyayangi kesemua ahli Guardians of the Galaxy, manakala Chris Pratt pula menggunakan petikan dari kitab Bible sebagai sindiran kepada isu tersebut.


Walaupun kenyataan itu tidaklah dizahirkan secara terus, nampaknya mereka masih menyokong James Gunn. Sememangnya kebanyakan pelakon menzahirkan bahawa mereka merasakan tindakan Disney ialah terlalu tidak matang dan sengaja mencari masalah. Marvel sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan isu ini. 

Catat Ulasan

0 Ulasan