Barisan Pelakon Filem 'Star Wars 9' Diumumkan, Mark Hamill Akan Kembali Lagi


Senarai pelakon rasmi filem Star Wars: Episode IX diumumkan. Mark Hamill dilaporkan akan berlakon dalam filem ini dan penggambaran akan bermula pada 1 Ogos. Agak sukar untuk menerima hakikat bahawa episod ini ialah filem terakhir dalam trilogi filem Star Wars baru ini.


Filem ini mungkin mencabar apabila J.J Abrams perlu menyelesaikan pelbagai kerosakan yang dibuat dalam The Last Jedi oleh Collin Trevorrow. Malah, kegagalan filem Solo: A Star Wars Story juga menjadikan cabaran untuk menghasilkan filem Star Wars terbaik menjadi lebih mencabar.

Lucasfilm mengumumkan bahawa pelakon hebat seperti Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, Anthony Daniels dan Billie Lourd akan ditemani beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie dan Richard E. Grant.

Billy Dee Williams akan kembali memunculkan diri sebagai Lando Calrissian. Mark Hamill juga akan kembali dan Carrie Fisher akan dihidupkan dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars terdahulu.

Abrams dan Lucasfilm mungkin masih menutup mulut tentang kisah yang bakal dipaparkan dalam Episode 9. Apapun, Star Wars IX diharap dapat memperbetulkan kembali tanggapan peminat tentang siri Star Wars. 

Catat Ulasan

0 Ulasan