TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

AC Mizal Jadi Tentera Jepun Dalam Filem 'Romusha'



Opie Zami bakal tampil dengan filem berkenaan kisah pahit buruh Landasan kereta Api Maut Thailand-Burma ketika Perang Dunia Kedua dalam filem bertajuk Romusha. Romusha ialah perkataan Jepun yang bermakna 'buruh'. Filem yang berlatar tahun 1942 hingga 1945 ini dijangka akan mengembalikan kenangan penonton terhadap pengorbanan buruh yang terlibat dalam projek itu.


Penerbit filem ini, Fortitude Event yakin dengan sudut pengarahan Opie Zami yang mana bakal menjadi filem pertama terbitan syarikat itu.
Banyak lagi penderitaan mereka lalui yang terlalu sukar untuk kita gambarkan. Sebagai warga Malaysia, hargai keamanan yang kita nikmati hari ini dengan penuh kesedaran. Kemerdekaan negara ini tidak datang bergolek dan dalam sekelip mata. Walaupun Romusha berlatarkan cerita sejarah, kami juga berusaha memenuhi kehendak dan cita rasa penonton dengan menyelitkan unsur percintaan.
Penggambaran filem ini dijalankan di Kampung Budu, Benta, Pahang dengan melibatkan kerjasama baik daripada penghulu dan penduduk kampung serta KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad).

Romusha mengisahkan Arwan (lakonan Shazwan Zulkifli) yang ditangkap tentera Jepun dan dibawa ke sempadan Thailand-Burma untuk dijadikan buruh paksa. Tangkapan Arwan itu adalah misi rahsia dia bersama Kapten Patrick supaya dijadikan tahanan tentera Jepun dan dibawa ke sana. Di sana dia berjumpa dan mengenali Nattalika (Jasmine Suraya Chin) yang bekerja sebagai jururawat di Kem Tahanan. Daripada pertemuan itu berputik percintaan antara Arwan dan Nattalika lalu mereka merancang untuk lari dari Kem Tahanan itu bersama-sama. 

Romusha turut memaparkan penderitaan dan pengorbanan generasi terdahulu yang diseksa dan dikerah menjadi buruh paksa oleh tentera Jepun. Romusha turut dibintangi Datuk Rahim Razali, Dian P Ramlee, Datuk AC Mizal, Jonathan Putra, Shogen, Amir RL, Peron Yasu, Nasir Jani, Bohari Ibrahim, Budi Citawan dan Iqa Abidin.

Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

10 Fakta Tentang Filem Epik Shah Rukh Khan 'Asoka'

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]