Walaupun Belum Ditayangkan,Sekuel, 'Mile 22' Kini Sudah Dalam Proses Perbincangan

STX kini sedang merancang untuk sekuel filem Mile 22 yang diarahkan oleh Peter Berg dan dibintangi oleh Mark Wahlberg. Ini ialah kerjasama seterusnya antara mereka selepas Lone Survivor, Deepwater Horizon dan Patriots Day.


Menurut The Hollywood Reporter, STX telah merekrut Umair Aleem untuk menulis skrip bagi sekuel filem Mile 22 walaupun filem tersebut akan ditayangkan pada Ogos ini. STX juga mengharapkan bahawa Mile 22 akan menjadi francais yang berkembang melalui pelbagai medium termasuklah siri televisyen. 

Dengan bajet yang sederhana, STX mengharapkan Mile 22 dapat mencipta sebuah francais tersendiri yang ada pengikut tersendiri.


Catat Ulasan

0 Ulasan