Transformasi Luna Maya Dalam Filem Spin-off 'Sabrina'


Pelakon Indonesia Luna Maya menyatakan bahawa watak Meira yang dilakonkannya dalam filem Sabrina mengubah hidupnya. Sabrina ialah filem spin-off daripada filem The Doll 2 yang mana mengutip kutipan yang memberansangkan di Indonesia. Sabrina ialah sekuel/spin-off dan berlaku selepas kejadian The Doll 2.


Meira sudah jadi perempuan yang lebih kuat. Sudah bisa move on dan melupakan trauma masa lalu. Dia juga punya suami baru dan mau menutup (kepedihan) masa lalu. Tonton aja nanti cerita selanjutnya
Menurut Luna Maya ketika ditemubual Kompas.com , watak Meira dalam filem ini ingin merupakan trauma masa lalu dengan berpindah kepada kehidupan baru. Selepas berpisah dengan Aldo (Herjunot Ali), Meira kini berkahwin dengan suami barunya, Aiden (Christian Sugiono). Watak Aiden dan Miera akan menjadi penicu kepada kejadian mistik dalam filem ini.

Sabrina diarahkan oleh Rocky Soraya. Kisahnya bermula selepas Meira berubah tangga dengan suami barunya, Aiden. Aiden membuat patung Sabrina versi baru kerana patung itu ialah kegemaran anak Meira yang sudah meninggal. Namun, boneka Sabrina itu membawa kepada pelbagai tragedi seram..

Filem ini akan ditayangkan di Indonesia bermula 22 Julai 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan