Tom Holland Dedahkan Tajuk Sekuel Filem 'Spider-man 2' Tanpa Sengaja Di SDCC

Pelakon filem Spider-Man: Homecoming, Tom Holland mungkin tanpa sengaja telah mendedahkan tajuk filem sekuel bagi filem solo Spider-man tersebut. Adakah ini hanyalah sebuah gurauan ataupun tidak, kita tidak tahu. Tetapi, Tom Holland dikenali kerana seringkali memberikan spoiler berkenaan filem Infinity War sebelum ini.


Watak Spider-man dimatikan sementara waktu dalam filem Infinity War. Namun, peminat sudah tahu tentang kematian sementara itu kerana sekuel Spider-man sudah pun dalam pembikinan. Tom Holland nampaknya mendedahkan tajuk filem Spider-man seterusnya yang dinamakan Spiderman: Far From Home.

Tom Holland mengumumkan hal ini di video di laman Instagramnya.

A post shared by ✌️ (@tomholland2013) on

Sama ada tajuk tersebut benar atau tidak, kita masih tidak mengetahui kebenarannya. Apapun, Marvel semestinya akan memberi respon mereka jika spoiler berkenaan tajuk ini ialah sesuatu yang besar untuk dilakukan. Atau adakah gimik ini sebenarnya perancangan Tom Holland di bawah arahan pihak Marvel Studios sendiri?

Catat Ulasan

0 Ulasan