Todd McFarlane Sahkan Filem 'Spawn' Bukan Kisah 'Origin Story'


Pencipta Spawn, Todd McFarlane mengesahkan filem Spawn yang bakal diterbitkan bukanlah sebuah filem 'origin story'. Pengarah tersebut menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk membuat kisah sedemikian setelah ditanya sama ada penonton akan disajikan dengan kisah latar belakang watak utama Spawn, Al Simmons.


Pengarah filem Spawn versi reboot itu juga berkata bahawa membuat 'origin story' akan menyebabkan penonton penat menunggu. Ketika ditemubual oleh Comicbook.com, pengarah tersebut membandingkan filem Spawn yang bakal diarahkan nanti mirip seperti filem A Quiet Place.
Given A Quiet Place came out and it starts with day 89, I love it. I love it. It didn’t go in any depth what happened in those first 88 days. I love it. So either you just go for the ride, or you don’t.
Pengarah filem tersebut yang juga pencipta Spawn juga membandingkan filem arahannya nanti seperti filem watak Wolverine dalam siri filem X-Men.
Why do you think Wolverine was so popular? Because we didn't know who he was for a long, long time. And that's what made him cool. And you can argue that it's like he became a little bit less cool, other than he's Canadian, I don't mind, but he became a little less cool once you actually gave the origin away, right? So, I sort of liked him when he was like a mystery.
McFarlane menyifatkan projek filem Spawn lebih kepada genre supernatural thriller tetapi bukannya sebuah filem seram.
When you start going into creep movies, then the camera doesn’t follow the boogie man, or the monster. It follows humans, which I have in my movie. But people enjoy creepy movies and don’t go, ‘Oh my gosh, I wish I saw the boogie man more.’ They don’t do that. They just go, ‘Wow, that was cool.’
Filem Spawn kini sudah sah bakal dilakonkan oleh Jamie Foxx. Namun, filem ini masih belum menjalani penggambaran. Buat masa ini, filem ini masih belum ada tarikh tayang.  

Catat Ulasan

0 Ulasan