Tahukah Korang Babak Klimaks '3 Idiot' Sebenarnya Dicipta Untuk Filem 'Munnabhai MBBS'?


Rajkumar Hirani sentiasa menampilkan filem-filem yang hebat. Antara filem arahannya yang boleh dikatakan berjaya ialah Munna Bhai MBBS dan juga 3 Idiots. Filem arahannya sentiasa menyentuh pelbagai sisi budaya sosial masyarakat India yang sentiasa diminati oleh pelbagai lapisan penonton. 3 Idiots sebagai contoh menjadi antara filem yang hangat diperkatakan kerana falsafahnya.


Tetapi, ramai yang tak tahu bahawa babak akhir filem 3 Idiots sebenarnya ditulis untuk filem Munabhai MBBS. Perkara ini disahkan oleh pengarah Rajkumar Hirani sendiri ketika dia menulis kisah berkenaan pelajar perubatan. Pada satu malam, ketika mereka mabuk, mereka telah menjadi bidan untuk seorang wanita yang nak bersalin. Dalam draf seterusnya, watak mereka ditukar menjadi watak Munna Bhai dan babak tersebut dibuang daripada draf akhir.

Namun, babak tersebut dikitar dan digunakan dalam filem 3 Idiots. Watak pelajar perubatan ditukarkan kepada watak pelajar kejuruteraan dan menjadi seperti apa yang kita tonton dalam filem 3 Idiots yang sudah siap. 

Catat Ulasan

0 Ulasan