Tahukah Berapa Lama Durasi Babak Ciuman Paling Panjang Dalam Filem Bollywood?


Babak ciuman di dalam filem Bollywood kini sudah menjadi perkara kebiasaan dalam industri perfileman besar tersebut. Malah, Bollywood pada masa kini juga lebih terbuka untuk mengetengahkan pelbagai isu di dalam setiap filemnya. Malah, adegan yang mencetuskan kontroversi dianggap biasa untuk dilakonkan pelakon Bollywood masa kini.



Tetapi, tahukah korang filem Bollywood yang mempunyai adegan cium yang paling panjang di dalam filem? Mungkin ramai tak tahu kebanyakan filem Bollywood sekarang masih tidak dapat mengatasi rekod yang dipegang oleh adegan ciuman ini.

Adegan ciuman yang paling panjang di dalam filem Bollywood berdurasi 4 minit. Babak ciuman tersebut dilakonkan dalam filem 'Karma' yang mana diterbitkan dengan tajuk 'Nagan Ki Ragini' dalam versi Bollywood. Filem tersebut dilakonkan oleh Devika Rani dan suaminya Himanshu Rai pada tahun 1933.

Filem ini diarahkan oleh JL Freer Hunt daripada lakonlayar Rupert Downing dan cerita asal Dewan Sharar. Filem ini ditayangkan buat pertamakalinya di London pada May 1933. Walaupun lakonan Devika Rani dipuji audiens, filem ini gagal untuk membuatkan penonton India kagum.

Catat Ulasan

0 Ulasan