Sekuel, Prekuel, Spin-off Dan Siri TV 'Kingsman' Kini Dalam Perancangan



Dunia filem Kingsman nampaknya akan menjadi lebih besar apabila francais itu akan memperkenalkan siri TV mereka beserta filem prekuel, prekuel dan juga spin-off. Kingsman ialah adaptasi dari novel grafik karya Mark Millar yang berkisah tentang perjalanan watak Eggsy yang menjadi spy kerajaan British. 


Kingsman kini sudah ada dua filem. The Secret Service mendapat kritikan yang positif daripada peminat sekaligus menyebabkan filem keduanya, The Golden Circle diterbitkan. Namun, filem kedua Kingsman mendapat reaksi yang pelbagai dan kurang diminati berbanding filemyang pertama. Namun, ianya tetap menarik.

Bercakap kepada Empire, pengarah filem Kingsman, Matthew Vaughn mengesahkan bahawa sekuel ketiga filem ini akan berkisar tentang konklusi hubungan Harry Hart dan Egsy. Selepas itu, filem prekuel Kingsman bertajuk Kingsman: The GReat Game akan diterbitkan dengan latar belakang zaman 90an. Kedua-dua filem itu dilaporkan akan menjalani penggambaran serentak.

Malah, Kingsman akan ada siri TV mereka sendiri yang berdurasi lebih kurang 8 jam. Walaupun tiada lagi maklumat terkini berkenaan siri TV ini, ianya masih cukup untuk membina keterujaan. Selepas itu, akan ada juga spin-off dari dunia Stateman yang akan menceritakan kisah watak-watak lakonan Halle Berry, Jeff Bridges dan Channing Tatum.

Jadi, sekarang ini sudah ada empat projek untuk francais Kingsman. Apapun, buat masa ini, kesemuanya masih belum menjalani penggambaran. Agak menarik juga untuk melihat dunia Kingsman membesar dengan cara mereka sendiri. 

Catat Ulasan

0 Ulasan