Sedutan Trailer Filem 'Polis Evo 2' Bocor Di Instagram


Filem Polis Evo 2 adalah filem yang dinantikan-nantikan oleh peminat filem Malaysia. Filem pertamanya yang ditayangkan pada tahun 2015 berjaya mengutip RM17.7 juta ketika ditayangkan. Filem lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak itu diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. Disebabkan itu, Astro Shaw mengambil inisiatif untuk membuat filem sekuel.


Sekuel filem Polis Evo ini sudah mula menjalani penggambaran semenjak Julai 2017. Kini, persiapan untuk promosi filem sedang giat dijalankan apabila filem tersebut kini memasuki fasa pasca produksi. Namun, belum sempat promosi dijalankan secara rasmi, sebuah sedutan 15 saat trailer filem Polis Evo 2 tersebar di laman Instagram.


Video rakaman sembunyi-sembunyi ini ditularkan di Instagram dan dikreditkan kepada akaun yougotta.q. Namun, siasatan mendapati video tersebut kini sudah tiada di Instagram asal. Apapun, 15 saat yang ditayangkan menunjukkan betapa hebatnya sekuel ini. Adegan aksi dan juga lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak di bawah pengarah baru amat mengujakan.

Filem Polis Evo 2 diarahkan oleh Joel Soh. Filem ini turut dibintangi oleh Raline Shah, Hairul Azreen dan Erra Fazira.Buat masa ini, tarikh tayangan filem ini belum diketahui.

Catat Ulasan

0 Ulasan