Plot Filem 'Avengers 4' Bocor, Marvel Studios Pilih Untuk Diamkan Diri



Plot filem Avengers 4 kini dikatakan telah tersebar di laman internet. Dikatakan bahawa plot filem tersebut mempunyai beberapa maklumat tentang siapakah yang akan menumpaskan Thanos. Selepas lebih 2 bulan filem Infinity War ditayangkan, kini para peminat cuba untuk memandang jauh kepada filem Avengers 4 dan cuba mencipta teori mengenainya.




Walaupun concept are filem Avengers 4 bocor beberapa minggu lepas, Marvel Studios kelihatan tidak membuat apa-apa pengumuman dan memilih untuk mendiamkan diri. Dan semuanya ini membuatkan para peminat berteka teki.

Seorang pengguna Reddit, abigfriend memuat naik beberapa siri tulisan berkaitan plot filem Avengers 4. Pengguna Reddit itu menyimpulkan beberapa isi filem Avengers 4 termsuklah hubungan Thanos dan Nebula yang akan menjadi pemberat utama filem berkenaan. Malah, mengenai Avengers yang merentas masa, ianya dikatakan akan menggunakan Quantum Realm untuk mengutip Infinity Stones.


Pengguna Reddit itu mendedahkan bahawa Thanos menyedari bahawa Avengers akan menumpaskannya dari masa silam dimana setiap batu yang dimiliki pada masa lalu akan menghilangkan setiap satu batu di Infinity Gautlet. Selain itu, abigfriend menulis bahawa yang dikatakan telah mati pada akhir filem Infinity War sebenarnya hanyalah berada di dunia alternatif di dalam Infinity Stone.

Filem Avengers 4 juga dikatakan akan mengulangi perperangan Wakanda di akhir filem Infinity War. Cuma kali ini, bukan Thanos yang menang, tetapi sebaliknya Avengers. Dan di akhir filem Avengers 4, tiga Batu Infinity Stones akan musnah dengan bantuan Wanda dan Captain Marvel.


Kebenaran perkara ini sebenarnya boleh diragui. Dan sehari selepas menceritakan kisah plot ini di Reddit, penulis abifriend memohon maaf dan menyatakan ianya hanyalah penipuan semata-mata. 

Catat Ulasan

0 Ulasan