'Padmaavat' Terpilih Untuk Ditayang Di 21st Shanghai International Film Festival (SIFF)


Filem Padmaavat yang mencetuskan kontroversi pada Januari lalu kini bakal ditayangkan di 21st Shanghai International Film Festival (SIFF). Filem yang membariskan pelakon seperti Deepika Padukone dan Ranveer Singh mendapat kritikan hebat tetapi pada masa yang sama turut mendapat kutipan yang memberansangkan di India. 

Perkara diumumkan di Instagram rasmi Padmaavat:


Pada awalnya, filem ini dinamakan Padmavati dan dirancang tayang pada 1 Disember tahun lepas. Namun, disebabkan protes di kalangan penggiat sejarah, filem ini tertangguh tayangannya sehingga Januari 2018.

Padmaavat ialah kolaborasi ketiga Ranveer Singh, Deepika Padukone dan Sanjay Leela Bhansali. Sebelum ini, mereka pernah bekerjasama dalam Goliyon Ki Rasleela Ram-Leela dan Bajirao Mastani.

Catat Ulasan

0 Ulasan