Marvel Cipta Laman Web MarvelStudios10 Sempena 10 Tahun MCU



Selepas menerbitkan filem ke 20 Marvel Cinematic Universe melalui filem Ant-man and the Wasp, Marvel Studios telah melancarkan sebuah laman web untuk sedekad dunia filem tersebut. Marvel Cinematic Universe bermula pada tahun 2008 dimana Iron Man arahan Jon Favreau memulakan era baru dunia filem superhero.


Laman web yang dikenali sebagai MarvelStudios10.com ini membolehkan para peminat mengetahui perjalanan filem Marvel Cinematic Universe dan juga membeli cenderahati francais tersebut. Malah, pada masa yang sama, Marvel melancarkan poster bertemakan 'More Than A Hero' yang mana sebelum ini pernah muncul pada Februari dengan penambahan beberapa karakter baru yang tidak dikeluarkan sebelum ini.

Laman web itu turut juga menampilkan timeline rasmi Marvel Cinematic Universe. Malangnya, ianya bukanlah timeline kejadian dalam dunia Marvel Cinematic Universe tetapi hanyalah garis masa pelancaran setiap filem mereka bermula daripada Iron Man pada tahun 2008. 

Jom check out laman web tersebut.

Catat Ulasan

0 Ulasan