Layan Foto Mackenzie Davis Dari Set Filem 'Terminator 6' Di Sini



Pelakon Mackenzie Davis kini didedahkan dalam foto dari set penggambaran filem Terminator 6. Selepas bertahun francais Terminator bergerak ke hadapan, James Cameron akhirnya memilih untuk reboot siri filemnya ini. Kali ini, dia bergabung dengan pengarah filem Deadpool, Tim Miller untuk memberikan nafas baru kepada francais berkenaan.


Terminator 6 dibintangi pelakon baru Natalia Reyes sebagai Dani Ramos yang akan diburu oleh terminator baru lakonan Gabriel Luna. Pelakon Mackenzie Davis pula akan melakonkan watak penting dalam filem ini yang digambarkan sebagai agak ganas. Filem ini turut mengembalikan Arnold Schwarzennegger dan juga Linda Hamilton. 

Jom layan foto dari laman Just Jared ni...


Catat Ulasan

0 Ulasan