Lawrence Fishburn Mungkin Telah Berikan Spoiler 'Ant-man And The Wasp' Tanpa Sengaja


Pelakon Lawrence Fishburn mungkin telah mendedahkan spoiler dari filem Ant-man and the Wasp ketika bercakap kepada Marvel Entertainment pada tayangan perdana dunia filem tersebut. Lawrence Fishburn memainkan watak Bill Foster atau dikenali sebagai Goliath dalam filem sekuel Ant-man ini.


Filem Marvel buat masa ini kelihatan suka untuk melakukan pelbagai twist yang mengejutkan dalam setiap filemnya. Antara twist menarik yang pernah dilakukan ialah dalam filem Spider-man: Homecoming dimana Peter Parker mengetahui bahawa Vulture ialah ayah kepada kekasihnya sendiri. Malah, dalam Guardians of the Galaxy, Ego didedahkan sebagai pembunuh ibu Peter Quill.

Dalam filem Ant-man and the Wasp, plot twist yang mungkin akan ada dalam filem ini semestinya watak Ghost yang mana tidak didedahkan terlalu banyak dalam promosi filem tersebut. Lawrence Fishburn nampaknya gagal untuk menyimpan sebuah plot twist yang tidak pernah didedahkan tentang identiti Ghost tanpa sengaja.
I have this sort of surrogate daughter, this character called Ghost played by Hannah John-Kamen who is incredible, and we sorta have a father-daughter thing going on.
Lawrence Fishburn menjawab tentang soalan yang ditanya kepadanya tentang perkaitan tema kekeluargaan dalam filem ini. Tema ini sebenarnya telah membuka kepada teori yang menyatakan Ghost ialah anak kepada Bill Foster. Kini, jawapannya sudah ada dimana Ghost bukanlah anak sebenar, tetapi hanyalah anak angkat Bill Foster.

Sehingga sekarang, karakter Ghost sememangnya tidak diketahui sejauh mana hebatnya kejahatan watak ini. Namun, kita tahu bahawa kuasa Ghost ada kaitan dengan Quantum Realm dan teknologi Hank Pym. Apapun, semuanya akan terdedah apabila Ant-man and the Wasp berada di pawagam pada 4 Julai nanti.

Catat Ulasan

0 Ulasan