Kenapa Ghost Dipilih Untuk Menjadi Karakter Antagonis Filem 'Ant-man And The Wasp'?


Watak antagonis filem Ant-man and The Wasp adalah sangat berbeza daripada watak antagonis filem MCU lain seperti Killmonger dalam Black Panther dan Thanos dalam Infinity War. Perkara ini dinyatakan oleh presiden Marvel Studios, Kevin Feige.


Selepas Ant-man terlibat dalam Captain America: Civil War, Scott Lang kembali dengan pengembaraan barunya. Kali ini, Ant-man akan ada pasangan terbaru yang dikenali sebagai The Wasp. Dan kali ini, mereka terpaksa menumpaskan watak antagonis yang dikenali sebagai Ghost.

Bercakap dalam sesi livestream di Youtube Marvel Entertainment, Kevin Feige dan timbalan presiden Louis D'Esposito diminta untuk memberi sebab tentang pemilihan watak antagonis Ant-man and The Wasp.

Kevin Feige mendedahkan bahawa pemilihan watak Ghost ialah idea pengarah filem tersebut, Peyton Reed, penulis lakon layar dan penerbit filem itu sendiri. Mereka mahu mencari watak antagonis yang berbeza daripada Thanos dan Killmonger.
It was our producer Stephen Broussard and Peyton Reed and our writers who're looking for a different kind of villain, a different, unique villain. We knew this film will be coming off of Thanos, will be coming off of Killmonger, how do we find a villain that is very different and very unique and when people see the movie, I think they'll see that we found it in Ghost.
Pada asalnya, Ghost ialah watak antagonis kepada Iron Man dalam komik. Namun, Peyton Reed mengambil peluang untuk melakukan kreativiti dalam pembikinan filem untuk membawa watak itu sebagai antagonis filem Ant-man. Buat masa ini, tak banyak yang diketahui tentang watak ini. Ant-man and the Wasp di pawagam 4 Julai 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan