Kamal Hassan Kembali Dalam ' Vishwaroopam 2'. Tonton Trailer Di Sini!


Vishwaroopam 2 ialah sebuah filem thriller yang dibikin dalam dua versi iaitu Tamil dan Hindi (diberi tajuk Vishwaroop 2). Manakala, versi Telugu pula dialih bahasa dengan menggunakan teknik dubbing. Filem ini ialah sekuel dan juga prekuel kepada Vishwaroopam yang diterbitkan pada tahun 2013.


Kisah dalam filem ini akan berlaku sebelum filem Vishwaroopam dan juga selepas filem tersebut. Kamal Hassan bertindak sebagai pengarah dan juga pelakon. Antara pelakon yang menjayakan filem ini ialah Rahul Bose, Pooja Kumar dan Andrea Jeremiah yang mana akan melakonkan watak daripada filem asal. 

Filem ini dirancang semenjak 2013 namun gagal untuk direalisasikan sehingga 2017. 

Tonton trailer versi tamil


Tonton trailer versi hindi

Catat Ulasan

0 Ulasan