Imej 'Avengers 4' Yang Ditayangkan Di CineEurope Tampilkan Hulk Dengan Suit Baru


Menurut sebuah status Twitter, dilaporkan bahawa imej atau video Avengers 4 yang ditayangkan di CineEurope menampilkan Hulk dengan suit baru. Imej dan video yang ditayangkan dalam konferen di Barcelona, Spain itu memberi peluang untuk penonton melihat bagaimana Avengers 4 yang bakal ditayangkan kelak. 


Namun, tajuk filem Avengers 4 masih belum diketahui dan tidak didedahkan dalam konferen berkenaan. Malah, dilaporkan juga bahawa Avengers 4 akan menampilkan superhero dengan suit baru termasuklah Hulk. 

Perkara ini didedahkan oleh Nikita Byrkin di Twitter. 

Namun, bagaimana bentuk suit baru Hulk masih lagi belum dapat diketahui. Hulk nampaknya akan mengalami perubahan ketara apabila dia ditinggalkan daripada Indinity War. Menurut gambar yang pernah tertiris, kelihatan bahawa pakaian Hulk kali ini boleh menegang apabila Bruce Banner bertukar menjadi The Hulk.

Melalui gambar yang bocor di internet, dapat juga dilihat pelakon Mark Ruffalo mengenakan suit khas untuk CGI. Apa yang pasti, kemunculan Hulk dalam filem Avengers 4 akan dinantikan.

Catat Ulasan

0 Ulasan